Sejarah Tahun Baru Cina
Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat
huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam
ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan
makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan
melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga
api siang dan malam.
Perayaan
Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender
masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan
pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat
cina.
Tahun
Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan
kembali berkumpul. Rumah akan
dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar
pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi
menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau
sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan
yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah
permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui,
terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang
Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah
menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12
binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua
binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi
masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir,
tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan
arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini
akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Malam Tahun Baru Cina

Pada
malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan
berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol
eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni.
Hidangan makan malam tahun baru ini biasanya adalah tradisi turun
temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap, dan sayuran
‘prosperity’ yang dimakan bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan upacara ‘shuo sui’ , yang dipercayai akan memanjangkan umur seseorang. Bagi yang tua, malam tahun baru akan dihabiskan dengan bermain ‘mah jong’ sebagai
hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Tepat detik
tengah malam, mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan
tahun baru bermula.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
this is for lion dance
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan
adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian
singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,[(Malaysia)]
dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.
Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan
sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular
ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China
yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut
menggunakan warna merah, jingga,(hijau dan kuning bagi kostum singa betina.
Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan
bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai
ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan
sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan
dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan
pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa
Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.Mata
singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama
warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang garang.
Kostum singa tersebut menggunakan warna merah, jingga,hijau dan kuning bagi kostum singa betina. Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang garang.
Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama warna putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang garang.
Gong
Gong
merupakan sejenis alat muzik pukul tradisional China, kedudukannya
sangat penting dalam orkes muzik rakyat China. Ia juga dimainkan untuk
mengiringi nyanyian dan tarian dalam pelbagai drama dan opera tempatan
China. Gong juga sering dimainkan dalam kumpulan perayaan, pertandingan
perahu naga, tarian singa dan lain-lain.
Gong
dibuat dengan logam, badan gong ialah sebuah permukaan lengkung, pemain
memukul bahagian pertengahan permukaan lengkung itu, jadi badan gong
bergentar dan berbunyi.
Gong
terlebih dahulu digunakan oleh etnik minoriti di kawasan barat daya
China, sehingga abad ke-2 sebelum masihi, seiring dengan pertukaran
semakin erat antara pelbagai etnik, gong diedarkan ke kawasan dalam
China. Pada masa itu, gong sering digunakan untuk mengarahkan tentera
dalam perang. Dalam istilah ketenteraan purbakala China terdapat
“memukul gong untuk mengundurkan tentera”.
Kini terdapat lebih 30 jenis gong, yang sering dimainkan ialah gong besar dan gong kecil.
Garis
tengah gong besar dapat mencapai 1 meter, bunyinya sangat kuat, sering
dimainkan dalam orkes besar atau opera untuk meningkatan suasana.
Gong
kecil dibagikan menjadi 3 jenis yang dapat berbunyi tinggi, sederhana
dan rendah, ia digunakan sangat luas, sering dimainkan dalam pelbagai
opera tempatan tarian kalangan rakyat China termasuk opera Beijing.